PROGRAM "GREEN TEAM"
TARIKH: 15 MEI 2015
ANJURAN: UCSI UNIVERSITI
Ok inilah pelajar-pelajar UCSI yang datang ke sekolah kita pada Jumaat lepas bagi merialisasikan program sukarelawan yang bakal memupuk semangat mengitar semula dikalangan para pelajar SJKC PAY HSIEN
Murid-murid dibahagikan kepada 2 bahagian bahagian 1 di tengah panas ni bahagian 2 di kantin sekolah
Nak tahu ape adik-adik dan fasilitator ni buat kat tengah panas .... ni lah hasil nya
Mereka mengitar semula surat khabar lama untuk buat "GIANT' roda surat khabar
Murid-murid di kantin pula menghasilkan kad menggunakan bahan kitar semula
Sabar betul fasilitator ni ajar adik murid kita untuk menggunakan bahan kitar semula menjadi kad ucapan 3D
Apa pun yang penting pada hari ini semua yang hadir gembira dan pelajar-pelajar disini turut memperoleh sesuatu yang berguna untuk dipraktikkan di masa hadapan kelak
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar UCSI UNIVERSITI kerana sudi berkongsi ilmu, masa dan juga tenaga mereka di
SJKC PAY HSIEN.... semoga semangat anak-anak muda ini menjadi contoh serta tauladan
-A-